Saturday, October 8, 2011

MINGGU 15 :

Penilaian Pengalaman Pembelajaran


Definisi
  • Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
  • Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
  • Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ij ataupun non tes.
  • Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

KAEDAH JIGSAW
  • Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
  • Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
  • Pergantungan secara positif
  • Tanggungjawab
  • Interaksi secara terus (bertentang mata)
  • Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
  • Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA
  • Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
  • Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
  • Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
  • Pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
  • Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
  • Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
  • Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

MINGGU 14 :



    MINGGU 13 :


    Rasional

    - Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

    CIRI – CIRI 


    • Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
    • PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:– Kerja kursus / PEKA– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
    1. Kerja kursus / PEKA– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran– LPM membekalkan dokumen pentaksiran– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah– Markah dihantar kepada LPM– Sekolah mengeluarkan sijil

    2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.• LPM membekalkan panduan• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.• Sekolah mengeluarkan sijil.

    Prinsip 
    Penilaian Berasaskan Sekolah
    Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
    Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

    Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

    Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

    Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
    Pelaporan positif.• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

    Aspek 
    PenilaianBerasaskan Sekolah
    - Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

    MINGGU 12 :


    DEFINISI BROSUR


    - Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
    Rubrik Penilaian Brosur
    1. Lemah (0-5)
    2. Sederhana (6-8)
    3. Cemerlang (9-10)
    Kreativiti dan keaslian
    1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
    2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
    3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

    Fungsi
    1. Reka bentuk dan paparan yang salah
    2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
    3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

    Tatabahasa
    1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
    2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
    3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

    Ilustrasi
    1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
    2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
    3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.


    DEFINISI POWER POINT
    Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

    MATLAMAT
    • Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

    OBJEKTIF
    • Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
    • Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

    CIRI-CIRI
    • Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
    • Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
    -Hasil ciptaan sendiri
    -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
    -Berasaskan Windows
    -Interaktif

    ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
    1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
    2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
    3. Ketepatan isi kandungan
    4. Kelengkapan laporan
    5. Cara penyampaian maklumat
    6. Keistimewaan persembahan
    7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
    8. Masa terhad untuk persembahan

    MINGGU 11 :


    Definisi
    Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar
    peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
    Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.
    PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
    TEMA : PENGALAMAN
    1. KOMPETENSI ASAS
    2. INDIKATOR
    3. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
    Kegiatan Awal
    Kegiatan Inti
    Kegiatan Akhir
    1. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
    2. PENILAIAN
    i.KOMPETENSI ASAS
    1. PKN
    1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah
    ii. INDIKATOR
    • Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah
    • Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
    • Menyebutkan manfaat hidup
    iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
    1. KEGIATAN AWAL
    1. Doa bersama
    2. Absensi siswa
    3. Apresiasi
    B. KEGIATAN Inti
    1. Menyapa teman sebaya dengan sopan
    2. Membuat kalimat sapaan(lisan)
    3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
    4. Membuat kalimat Tanya dengan betul
    1. KEGIATAN AKHIR
    1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
    iv. METODE, SUMBER, MEDIA
    a) METODE
    1. Soal Jawab
    2. permainan bahasa
    b) SUMBER
    1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)
    c) MEDIA
    1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata
    v. PENILAIAN
    1. Lisan
    2. Bertulis
    3. Perbuatan
    4. Portfolio
    Ciri-Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran
    1) KAEDAH JIGSAW
    2) KRITIKAN TERBUKA
    3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
    KAEDAH JIGSAW
    · Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
    · Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
    · Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
    • Pergantungan secara positif .
    • Tanggungjawab
    • Interaksi secara terus (bertentang mata)
    • Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
    • Penilaian kendiri secara berterusan
    KRITIKAN TERBUKA
    · Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
    · Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
    · Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
    · Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
    1)Intonasi dan kejelasan suara,
    2)Keyakinan diri di khalayak ramai,
    3)Kelancaran bahasa,
    4) Penampilan,
    5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.
    · Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
    · Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
    · Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.
    PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK)
    · Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama.
    · Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
    · Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
    · Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.
    PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK
    BROSUR :
    - Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu
    GRED
    KRITERIA
    LEMAH (0-5)
    SEDERHANA (6-8)
    CEMERLANG (9-10)
    FUNGSI
    Reka bentuk dan paparan yang salah.
    Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
    Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
    TATABAHASA
    Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
    Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
    Penggunaan tatabahasa dan ejaan yangbaik, jelas, dan tidak mengandungi kesalahan.
    ILUSTRASI
    Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
    Menggunakan ilustrasi sekadarmencukupi syarat.
    Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
    KREATIVITI DAN KEASLIAN
    Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
    Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
    Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
    POWER POINT
    · Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.
    · Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional.
    · Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.
    · Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.
    Matlamat dan Objektif
    • Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
    • Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
    -Hasil ciptaan sendiri
    -Berkonsepkan pembelajaran kendiri
    -Berasaskan Windows
    -Interaktif
    Melalui pembentangan isi
    · Topik yang disampaikan
    · Idea
    · Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai dengan audiens
    · Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan
    Cara penyampaian kepada audiens
    · Berkeyakinan
    · Tidak membaca paparan sepenuhnya
    · Memahami topik yang dibincangkan
    · Dapat memahami kemahuan audiens
    · Sesuai dengan golongan sasar
    · Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif
    · Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)
    Aspek Penilaian Adalah Seperti Berikut
    1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
    2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
    3. Ketepatan isi kandungan
    4. Kelengkapan laporan
    5. Cara penyampaian maklumat
    6. Keistimewaan persembahan
    7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
    8. Masa terhad untuk persembahan.
    RISALAH
    • Persembahan yang menarik
      • Pemilihan isi yang menarik
      • Topik yang menarik
      • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
      • Ringkas dan padat
      • Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
      • Menarik perhatian
      • Rekaan yang sesuai
      • Mengetahui golongan sasar yang difokus.
    HALAMAN SESAWANG : WEB
    • Persembahan rekaan
      • Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
      • Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
      • Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
      • Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
      • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
      • Mempunyai maklumat tambahan
      • Mempunyai jaringan yang luas

    MINGGU 10 :


    FORUM

    -sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
    -dijalankan secara formal.
    -teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
    1. -pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
    2. -meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
    -tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
    -soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

    DEBAT

    -pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
    -terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
    -huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
    -setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
    -pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
    -sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
    masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
    PIDATO
    huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
    pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
    hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

    PANTUN
    • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.\
    • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
    • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
    • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
    • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
    • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
    SAJAK


    • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
    • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
    • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
    CERAMAH
    • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
    • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
    • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
    i) Ceramah agama
    ii) Ceramah pendidikan
    iii) Ceramah kesihatan
    iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
    SYARAHAN
    • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :(a) Kata alu-aluan/pendahuluan(b) Kata-kata penghadapan(c) Isi(d) Penutup
    • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
    • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
    • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.
    Peringkat / Langkah Kemahiran

    1)Persediaan

    • Memahami tajuk dan kehendak soalan.
    • Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
    • Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

    2) Penulisan

    • Menulis perenggan pendahuluan
    • Mengembangkan isi-isi secara tersusun
    • Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
    3)Penyemakan

    • Menyemak ejaan dan tanda baca
    • Menyemak tatabahasa
    • Menyemak jumlah perkataan

    MINGGU 9 :

    Kemahiran Lisan
    Kemahiran Membaca
    Kemahiran Menulis

    PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

    Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

    Kemahiran mendengar-Kemahiran paling asas
    -Berlaku pada peringkat penerimaan
    -Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

    Kemahiran bertutur
    -Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
    -Peringkat penglahiran
    -Perlu ditiru & diajuk
    -Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

    TUJUAN KEMAHIRAN LISAN

    -Menyebut perkataan / ayat dgn betul
    -Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
    -Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).

    Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid:

    -Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
    -Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
    -Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
    -Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
    -Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
    -Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

    Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
    -bacaan kuat , syarahan , perbahasan , bercerita , perbincangan , hafazan , temu bual , soal jawab, nyanyian , deklamasi sajak, mendengar dan memberi respon secara lisan.

    Penilaian lisan membolehkan guru:
    -mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
    -mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
    -mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
    -mengesan kelancaran dalam sebutan.
    -mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
    -Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.Cth : PLBS

    Menyediakan Instrument
    - soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
    - aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
    - pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
    - aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

    Konsep Kemahiran Mendengar
    1. Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
    2. Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
    3. Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
    4. Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
    5. Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
    6. Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

    Peringkat Mendengar:1. mendengar deretan bunyi
    2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
    3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
    4. Bertindak terhadap bunyi

    Jenis-jenis mendengar
    Mendengar pasif
    - Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
    - Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
    Mendengar secara bertelau-telau
    - Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
    - Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.
    Mendengar tanpa tindak balas
    - Mendengar tp tidak bertindak balas
    - Tidak beremosi dan tidak memahami
    Mendengar secara menebuk-nebuk
    - Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
    - Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak
    Mendengar secara beremosi- Mendengar & mampu meransang emosi
    - Merasa sesuatu dan bertindak balas
    Mendengar secara berhati-hati
    - Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
    - Memahami ujaran dgn tepat
    Mendengar secara kritikal
    - Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
    - PnP KBKK
    Mendengar secara pengamatan- Murid sudah mampu berfikir kritikal
    - Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)
    Mendengar secara kreatif- Mengulas, mengritik, menilai
    - Mencapai penguasaan bahasa yg baik

    Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :Peringkat awal
    - Melakukan sesuatu yg disuruh
    - Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
    - Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
    Peringkat pertengahan- Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
    - Mengesan urutan
    - Mengenal sebab dan akibat
    Peringkat maju- Mengenal isi-isi penting
    - Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
    - Mentafsir maksud
    - Memberitahu tekanan dan intonasi

    Konsep Bertutur- Gabungan bunyi-bunyi bahasa
    - Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
    - Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
    - Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

    Aspek-aspek Pertuturan
    a)Sebutan
    - murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
    - Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

    b)Tekanan
    - Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
    - Biasanya dilakukan pada suku kata.
    - Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
    - Lambangnya ialah /?/.
    - Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

    c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
    - Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
    - Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

    d) Kefasihan
    - boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

    e) Laras bahasa
    - kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
    - melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
    - Bertujuan untuk berkomunikasi.

    f) Tatabahasa
    - merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
    - Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
    - fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
    - morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
    - sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
    - Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

    g) Jeda
    - jeda = persendian
    - digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
    - Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
    - lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
    - /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

    h) Intonasi
    - merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
    - juga disebut sebagai nada suara
    - intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
    - intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

    I)Nada
    - nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
    - nada tidak bersifak fonemik.

    j) kelancaran
    - bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
    - murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
    Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
    Gaya yg sederhana
    - Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
    - Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
    Gaya bahasa mulia & bertenaga
    - Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
    - Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
    Gaya menengah
    - Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
    - Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
    - Cth situasi pesta dan rekreasi

    Faktor Mempengaruhi Pertuturan1. Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
    2. Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
    3. Fizikal – alat artikulasi
    4. Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
    5. Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
    6. Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
    7. Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.