Sunday, July 24, 2011

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif


Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif



Aspek
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Konsep
Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
Tujuan
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
Waktu penilaian
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Kaedah
Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan
Dibuat secara individu atau dalam kumpulan
Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.
Dijalankan secara berkumpulan
Selepas penilaian dijalankan
Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan
Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan
Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.
Membaiki kurikulum / mata pelajaran





Perbezaan Ujian Rujukan Norma dengan Ujian Rujukan Kriteria 


Perkara

            Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Kriteria

 Konsep

 Ujian yang relatif yang menggambarkan  prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal.

 Ujian rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

 Tujuan

 i.    Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan.
ii.     Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana.
iii.    Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – sijil
 i.         Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan.
ii.       Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.


Ciri-ciri Soalan


Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi


Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran.

Ciri-ciri ujian

Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat.


Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal.


Kandungan cakupan

Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang lebih khusus.


Contoh ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR,  PMR, SPM, STPM

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.


Saturday, July 23, 2011

PENTAKSIRAN,PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TUJUAN
  1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
  2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
  3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
  4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
  5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
  6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
  7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar.
  8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
  9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
  10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.
KEPENTINGAN
  1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
  2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
  3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
  4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.
  5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN
  1. Kesahan
  2. Kebolehpercayaan
  3. Keobjektifan
  4. Kebolehtadbiran
  5. Kebolehtafsiran
>> Kesahan 
  • Merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. 
  • Ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi
  • Merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. 
  • Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan
  • Merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan.
  •  Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. 
  • Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.


Kesahan gagasan 
  • Merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. 
  • Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak

  • Bertujuan menentukan tarap seseorang murid.
  • Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. 
  • Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> 
Kebolehpercayaan
  • Merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. 
  • Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan 

  • Merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama.
  • Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. 
  • Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> 
Kebolehtadbiran 
  • Diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. 
  • Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. 
  • Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. 
  • Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. 
  • Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. 
  • Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. 
  • Ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH






PRO FORMA KURSUS BMM3103


Pro Forma Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)


Nama KursusPentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Primary School Malay Language Assessment)
Kod KursusBMM3103
Kredit3(2+1)
Jam Interaksi60 jam
Bahasa PengantarBahasa Melayu
PrasyaratTiada
SemesterPertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
2.    Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl.
3.    Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;
4.    Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan pengertian dan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, taksonomi dan domain, jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian, jenis dan kaedah penilaian bahasa, penilaian kemahiran dan aktiviti bahasa, penilaian pengalaman pembelajaran, penilaian bahasa berasaskan projek, dan penilaian berasaskan sekolah

This course explains the concept and principle of testing, evaluation and measurement, taxonomy and domain, table of test specifications, testing development, types and method of language assessment, language skills assessment and language activities, assessment of learning experience, project based language assessment and school based assessment. 












Tajuk
Kandungan
Jam
1
Pengertian dan Konsep
  • Pentaksiran
  • Pengujian
  • Penilaian
  • Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
2
2
Taksonomi dan Domain
·         Taksonomi Bloom
·         Domain Krathwohl
2
3
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
  • Definisi
  • Kepentingan
  • Langkah Pembinaan

2
4
Pembinaan Ujian
  • Soalan Objektif
  • Soalan Subjektif

2
5
Jenis Penilaian Bahasa
·         Ujian Formatif, Sumatif
·         Ujian  Kefasihan, Kemajuan
·         Ujian Bakat, Pencapaian

2
6
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Melalui Portfolio
  • Penilaian Melalui Pemerhatian

2
7
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
  • Penilaian Melalui Soal Jawab
2
8
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Melalui Projek
  • Penilaian Melalui Kertas Kerja
2
9
Penilaian Kemahiran Bahasa
  • Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
  • Penilaian Kemahiran Membaca
  • Penilaian Kemahiran Menulis
2
10
Penilaian Aktiviti Bahasa
  • Forum
  • Debat
  • Pidato
  • Pantun
  • Sajak
  • Ceramah
  • Syarahan

2
11
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
  • Definisi
  • Ciri

2
12
Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
  • Brosur
  • Iklan
  • Poster
  • Web
  • PowerPoint
2
13
Penilaian Berasaskan Sekolah
  • Rasional
  • Ciri
  • Prinsip
  • Aspek penilaian
2
14
Penilaian Berasaskan Sekolah
  • Instrumen
  • Penggredan
  • Prosedur pelaksanaan
  • Rumusan
2
15
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
  • Definisi
  • Ciri
  • Pelaksanaan
2

JUMLAH

30







Tajuk
Kandungan
Jam
1
Amali
Pengertian dan Konsep
·         Mengumpul dan membincangkan kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun.
2
2
Taksonomi dan Domain
  • Membina soalan Bahasa Melayu mengikut aras taksonomi dan domain.
2
3
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
  • Bengkel pembinaan JSU berdasarkan contoh soalan ujian Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

2
4
Pembinaan Ujian
  • Membina soalan objektif dan subjektif dengan berdasarkan JSU.

2
5
Jenis Penilaian Bahasa
·         Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat
2
6
Kaedah Penilaian Bahasa: Portfolio dan Pemerhatian
  • Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian
2
7
Kaedah Penilaian Bahasa: Portfolio dan Pemerhatian
  • Membina alatan bagi penilaian portfolio dan pemerhatian
2
8
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Membina instrumen penilaian melalui projek
  • Membina instrumen penilaian melalui kertas kerja.
2
9
Penilaian Kemahiran Bahasa: Membina Instrumen dan Bahan Bagi:
  • Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
  • Penilaian Kemahiran Membaca
  • Penilaian Kemahiran Menulis

2
10
Penilaian Aktiviti Bahasa: Menilai Dengan Menggunakan Instrumen:
  • Forum
  • Debat
  • Pidato
  • Pantun
  • Sajak
  • Ceramah
  • Syarahan
2
11
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
·         Membuat penilaian pengalaman pembelajaran di bilik darjah
2
12
Penilaian Bahasa Berasaskan Projek: Menggunakan Instrumen Dalam Penilaian:
  • Brosur
  • Iklan
  • Poster
  • Web
  • PowerPoint
2
13
Penilaian Berasaskan Sekolah
2
14
Penilaian Berasaskan Sekolah
2
15
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
2


JUMLAH
30
PenilaianKerja kursus                60%
Peperiksaan Akhir       40%
Rujukan Asas
Kamariah Abu Bakar et. al. (1999). Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan Tambahan
Bachman Lyle F. (1990).  Fundamental consideration in language testing.  Oxford: Oxford University Press.

Brown James Dean, Hudson Thom.  (2002).  Criterion-reference language testing.  Cambridge: Cambridge University Press




Lynch, Brian K. (2003).  Language assessment and programme evaluation.  Edinburg : Edinburgh University Press.

McGrath, Ian.  (2002).  Materials evaluation and design language teaching.  Edinburg: Edinburgh University Press.