Sunday, July 24, 2011

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif


Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif



Aspek
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Konsep
Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
Tujuan
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
Waktu penilaian
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Kaedah
Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan
Dibuat secara individu atau dalam kumpulan
Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.
Dijalankan secara berkumpulan
Selepas penilaian dijalankan
Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan
Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan
Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.
Membaiki kurikulum / mata pelajaran





Perbezaan Ujian Rujukan Norma dengan Ujian Rujukan Kriteria 


Perkara

            Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Kriteria

 Konsep

 Ujian yang relatif yang menggambarkan  prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal.

 Ujian rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

 Tujuan

 i.    Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan.
ii.     Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana.
iii.    Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – sijil
 i.         Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan.
ii.       Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.


Ciri-ciri Soalan


Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi


Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran.

Ciri-ciri ujian

Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat.


Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal.


Kandungan cakupan

Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang lebih khusus.


Contoh ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR,  PMR, SPM, STPM

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.


No comments:

Post a Comment