PENGENALAN
- Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.
- Dalam modul ini para pelajar akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang terdapat dalam Pro Forma kursus.
- Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan. Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala tajuk Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan semasa interaksi bersemuka.
- Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-
- Pengertian dan Konsep
- Taksonomi dan Domain
- Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )
- Pembinaan Ujian
- Jenis Penilaian Bahasa
- Kaedah Penilaian Bahasa
- Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.
No comments:
Post a Comment